Monday, December 10, 2012

Mula-Mula Tiger Airways sekarang Air Asia plak buat hal

Grrrr panas hati dan sakit hati teramat sangat sebab terpaksa ubah plan percutian, mula2 saya dan kawan sudah rancang ke Phils dan sudah pun beli tiket Tiger Airways .. tup tup kena bagi emel dorang hentikan perkhidmatan ke sana .. ok fine ada Air Asia .. then beli tiket utk kali kedua ... tup tup nda lama selepas tu dlm seminggu dapat emel lagi Air Asia hentikan perkhidmatan ke sana ( Clark ) atas alasan Komersial .. Aiks sepatutnya kalau nak komersial sgt patut tambah penerbangan bukan menghentikan penerbangan .. Wuteva lah Tiger dan Air Asia .. sekarang mau cari kapal selam lah ke sana .. cisss :P

Apa2 pun sekarang ubah ke Plan B .. terbang ke Cambodia , nak pergi Angkor Wat ... huhu

Wednesday, December 5, 2012

Mari Belajar Menghormati Pandangan Orang Lain

“Rambut sama hitam, hati lain-lain.” Salah satu peribahasa yang selalu kita dengar untuk menunjukkan perbezaan pendapat, pandangan, hati dan perasaan diantara satu individu dengan individu yang lain. Ini adalah reality kehidupan di mana Tuhan menciptakan kita dengan keunikan dan buah fikiran yang berbeza diantara satu sama lain, masing2 dari kita mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Sebab itu lah kita tidak harus mendesak atau memaksa orang lain untuk menerima dan bersetuju dengan pemikiran atau pandangan yang kita bawa. Saya sendiri sangat tegas bila saya memberikan pandangan terhadap sesuatu isu, kadang2 saya juga jadi sgt kritis terhadap sesuatu isu, tetapi dalam masa yang sama saya sedaya upaya utk tetap menghormati padangan orang, tdk melenting bila org lain mempunyai pandangan yang berbeza dengan kita, sebab mereka juga mempunyai hak yang sama dengan kita dalam memberi pandangan .. selalu nya ini berlaku bkn saja di kalangan org yg kita tdk kenal tetapi juga berlaku diantara kita dgn kawan karib kita juga, jadi utk menciptakan “ruang” yang positif dalam keadaan ini, hanya satu yang boleh kita lakukan adalah HORMATI lah pandangan mereka walaupun ianya bertentangan dengan pandangan kita ..

Selalunya mereka yang suka mendesak orang lain supaya menerima pendapat dan pandangannya, tidak akan dihormati orang lain, malah akan jadi bahan umpatan dan celaan. Sebaliknya apabila kita menghormati dan mendengar pandangan orang lain serta berbaik sangka terhadap mereka ianya akan menunjukkan kepribadian diri kita yang tinggi dan mereka akan respek dengan kita walaupun mereka tau kita seolah-oleh “menentang” mereka dari aspek ideology.

Jadi siapa pun kita, apa pun latar belakang kita, bangsa kita, agama kita, pendidikan kita, mari lah kita sama2 belajar untuk menghormati orang lain, mungkin bagi kita mereka berada pada level terbawah dalam turutan penilaian yang kita buat tetapi kita semua tetap sama pada pandangan Tuhan, kita semua "telanjang" di mata Tuhan, tidak ada satu hal pun yang tersembunyi bagi Tuhan. Tidak ada salah nya untuk memiliki pandangan dan pendapat yang berbeza cuma jangan hanya kerna perbezaan itu membuatkan kita hilang hormat denga orang lain terutama kawan2 kita.


Kita semua kalau terluka terhiris darah yang mengalir tetap sama berwarna merah, tetapi kalau terluka dan terhiris dlm hati hanya Tuhan saja yang tau :-)

Ke New Zealand Sabah ... Desa Cattle Kundasang.

Minggu lepas saya join kawan2 se-opis bermalam di Kundasang, kami bertolak dari Indah Permai seawal jam 720 pagi, tetapi kami singgah untuk bekpes di pekan Tuaran, sementara kawan2 menikmati juadah pagi , saya mengambil kesempatan utk membotakkan kepala seperti biasa panjang no. 2 ( hanya yg selalu botakkan rambut saja tau nombor2 ni haha ) .. saya tdk sempat sarapan jadi saya tapau nasi saja dan makan dalam kereta kwan. Kami sampai di Kundasang sekitar jam 1030 pagi, kami terus 'check-in' di tempat kami menginap iaitu "Twins" something lah nama dia, saya lupa lah pula nama tu rumah lereng bukti di kampung tanpa wayar namanya haha..

Selesai check-in dan susun2 barang, tempat pertama yang kami tujui adalah Desa Cattle di Mensilau, saya sgt sgt xcited ke sini utk pertama kalinya sebab saya banyak melihat gambar2 lembu ( import dari New Zealand ) sgt cantik d net .. lagipun minat saya dlm fotografi sgt mendalam ( chewah haha ) .. sayang nya awan sgt mendukacitakan, ianya gelap dan suram, tidak bermaya, tetapi saya mengamalkan 3T dlm idup saya iaitu tepuk tiga kali dan ucapkan Yes dgn kuat utk motivasikan diri dan mencipta aura positif walaupun keadaan sebaliknya .. nanti kamurang cuba amalkan pula :P .

Sesampai di sana hujan renyai sudah mulai turun tp tetap saya berkeras utk turun sambil "berpayungkan" reflektor size besar utk melindungi kamira sebab saya teda payung pula haha ... Syukurlah selepas saya bermesra dgn Kambing putih , jeng jeng jeng hujan berhenti, saya langsung tidak sangka adanya kambing2 putih di sini, jinak dan sangat2 bersih bulu2 mereka, pasal tu saya mengambil kesempatan bermesra dgn "mereka" haha


dan yessss selepas hujan berhenti nilah masanya utk join sapi2 lembu di pandang meragut rumput, tp saya hanya ambik gambar bukan meragut rumput haha .. 


Beginilah keadaan "mereka" meragut rumput .. tenang tanpa gangguan, malah org kampung lalu pun lembu2 ni ok saja tdk spt lembu kampung. .. ( perhatikan org sebelah kiri dalam gambar ni ) .


Antara pengunjung yang mengambil kesempatan utk bergambar di Ladang Tenusu.

Setelah puas mengambil gambar ( kwn2 semua terpaksa rela menunggu saya dan sorang kwn photog sampai selesai ) kami bertolak ke Kundasang sebab kami lawat Kundasang War Memorial sebelum makan tengah hari disana, dan pertama kali saya tau ada KFC di Kundasang, jadilah kami pelanggan pertama ni hahaha Lepas tu balik penginapan utk sediakan diri dgn BBQ malam dan selebihnya adalah Rahsia hahahaha

Wachaaaaa

Tuesday, December 4, 2012

Munyit mula mencoret ...

Saya sudah pasang niat pada permulaan tahun 2012 yang saya akan mula menulis di blog seperti dahulu kala .. tetapi bila masuk saja blog lama saya hilang semangat, suasana blog lama tdk memberi saya ilham dan tdk memberi motivasi untuk saya menulis seperti dulu, jadi saya mengambil keputusan untuk membuat blog baru khas untuk saya buat catatan, pandangan dan perkongsian pengalaman yg saya dapat setiap hari .. saya masih aktif di blog fotografi saya sebab itu adalah blog utk saya memaparkan gambar2 yang saya ambil utk dikongsikan kepada kawan2. 

 Saya nampak trend penurunan mendadak org menulis blog sejak kemunculan laman sosial seperti facebook dan twitter. Saya juga menjadi "malas" untuk bloggin sejak ada akaun facebook dan twitter, tetapi secara kebetulan saya mencari info mengenai perjalanan ke Tagaytay TAAL Volcano dgn kawan2 pada tahun 2008, jadi saya masuk ke blog kwn saya yang mana dlm blognya memaparkan catatan perjalanan penuh ke sana dgn gambar2nya sekali, bila saya membacanya, saya rasa teruja dan menyedari bahawa sebenarnya blog dgn info yang berguna sangat sangat bagus dan banyak membantu kita utk mengetahui banyak hal, ianya seperti kamus "perjalanan" dan boleh memberi banyak pengajaran dari pengalaman orang lain, malah ianya boleh memberi impak yang besar dalam hidup kita. Memang bukan semua hal yang orang alami kita kena "apply" dlm hidup kita tp at least kita punya cukup pengetahuan lewat dari pembacaan kita.. Saya rasa dari blog juga kita boleh memberkati org lain sekiranya kita kongsikan hal hal yang baik dan isi kandungan yang boleh membantu org lain ... oleh sebab itulah saya mahu aktif kembali utk blogin mulai hari ini ...

Untuk layout pula saya pilih yang paling simple dan tdk ada sidebar sebab saya mudah terganggu bila blog terlalu semak dengan link yang banyak di sidebar, jadi saya hanya fokuskan benda yang saya mau tulis tanpa sidebar, so tidak kira ada yang mau membaca atau tiada yang membaca coretan saya, saya akan tetap teruskan sebab ni adalah coretan si monyet :P