Wednesday, December 5, 2012

Ke New Zealand Sabah ... Desa Cattle Kundasang.

Minggu lepas saya join kawan2 se-opis bermalam di Kundasang, kami bertolak dari Indah Permai seawal jam 720 pagi, tetapi kami singgah untuk bekpes di pekan Tuaran, sementara kawan2 menikmati juadah pagi , saya mengambil kesempatan utk membotakkan kepala seperti biasa panjang no. 2 ( hanya yg selalu botakkan rambut saja tau nombor2 ni haha ) .. saya tdk sempat sarapan jadi saya tapau nasi saja dan makan dalam kereta kwan. Kami sampai di Kundasang sekitar jam 1030 pagi, kami terus 'check-in' di tempat kami menginap iaitu "Twins" something lah nama dia, saya lupa lah pula nama tu rumah lereng bukti di kampung tanpa wayar namanya haha..

Selesai check-in dan susun2 barang, tempat pertama yang kami tujui adalah Desa Cattle di Mensilau, saya sgt sgt xcited ke sini utk pertama kalinya sebab saya banyak melihat gambar2 lembu ( import dari New Zealand ) sgt cantik d net .. lagipun minat saya dlm fotografi sgt mendalam ( chewah haha ) .. sayang nya awan sgt mendukacitakan, ianya gelap dan suram, tidak bermaya, tetapi saya mengamalkan 3T dlm idup saya iaitu tepuk tiga kali dan ucapkan Yes dgn kuat utk motivasikan diri dan mencipta aura positif walaupun keadaan sebaliknya .. nanti kamurang cuba amalkan pula :P .

Sesampai di sana hujan renyai sudah mulai turun tp tetap saya berkeras utk turun sambil "berpayungkan" reflektor size besar utk melindungi kamira sebab saya teda payung pula haha ... Syukurlah selepas saya bermesra dgn Kambing putih , jeng jeng jeng hujan berhenti, saya langsung tidak sangka adanya kambing2 putih di sini, jinak dan sangat2 bersih bulu2 mereka, pasal tu saya mengambil kesempatan bermesra dgn "mereka" haha


dan yessss selepas hujan berhenti nilah masanya utk join sapi2 lembu di pandang meragut rumput, tp saya hanya ambik gambar bukan meragut rumput haha .. 


Beginilah keadaan "mereka" meragut rumput .. tenang tanpa gangguan, malah org kampung lalu pun lembu2 ni ok saja tdk spt lembu kampung. .. ( perhatikan org sebelah kiri dalam gambar ni ) .


Antara pengunjung yang mengambil kesempatan utk bergambar di Ladang Tenusu.

Setelah puas mengambil gambar ( kwn2 semua terpaksa rela menunggu saya dan sorang kwn photog sampai selesai ) kami bertolak ke Kundasang sebab kami lawat Kundasang War Memorial sebelum makan tengah hari disana, dan pertama kali saya tau ada KFC di Kundasang, jadilah kami pelanggan pertama ni hahaha Lepas tu balik penginapan utk sediakan diri dgn BBQ malam dan selebihnya adalah Rahsia hahahaha

Wachaaaaa

4 comments:

  1. Lama suda saya tidak pigi desa cattle. Mau pigi lah sana nanti, bawa my lil boy :) Kasi tingu dia tu lembu2 :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bah pigi lah tapi jgn masa hujan, nanti rugi ja sebab nda selesa sana kalau ujan, terhidu bau taik lembu nanti kalau ujan hehe

      Delete
  2. wow menarik ni ... maybe next trip kalau turuh Sabah mau singgah sini .... hopefully boleh lahh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya harus kamu ke sini juga ... cantik tempatnya ni .. hehe

      Delete