Sunday, February 24, 2013

REFLEXOLOGY baik untuk terus sihat dan bertenaga....

Apa kebaikan refleksologi?

Pertama, ia boleh meredakan tekanan, sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran. Tekanan yang tidak terkawal bukan saja merangsang masalah fikiran, tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan penyakit sedia ada semakin mudarat.

Kedua, walaupun makin ramai mengamalkan pemakanan sihat dan memilih makanan organik, tetapi masalah kesihatan tetap muncul. Malah, tidak ramai berjaya mengekalkan corak pemakanan begini.

Kekurangan zat tertentu dan kesan tekanan boleh mengganggu sistem pertahanan badan. Di sinilah refleksologi dikatakan dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri dan mengembalikan fungsi organ ke tahap normal.

Ketiga, di samping menjalani perubatan moden, ramai juga memilih rawatan alternatif untuk mendapatkan kesihatan menyeluruh. Ubat tradisional Barat menjurus kepada rawatan khusus untuk satu-satu penyakit atau simptom, sedangkan refleksologi pula adalah kaedah penjagaan kesihatan yang tidak menggunakan ubat. Ia hanya memerlukan teknik urutan untuk merangsang mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap.

Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan). Contohnya, ibu jari dianggap cermin kepada kepala dan tapak kaki pula adalah anggota badan.

Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.

Antara soalan yang kerap diajukan mengenai refleksologi adalah :



Adakah ia menyakitkan?

Ia perlu dialami sendiri. Kali pertama mungkin sakit tetapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Refleksologi tidak menyakitkan, tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan sedikit.

Bagaimana ia boleh menyegarkan seseorang?

Sebagaimana kaedah tradisional lain seperti urut, akupuntur, tai chi dan ayurveda, refleksologi memberi kesan lebih kurang sama — boleh merangsang tidur lebih nyenyak dan selera makan. Ini secara tidak langsung dapat memberi tenaga kepada seseorang.

Ada yang mendakwa refleksologi boleh membantu masalah sembelit. Bagaimana perkara ini boleh berlaku tidak dapat diterangkan, tetapi ini antara kriteria utama menyebabkan ramai pengusaha berlumba-lumba menghasilkan mesin refleksologi elektrik.

Refleksologi bukan hanya pada kaki, ia juga boleh dilakukan pada tangan tetapi kaedah ini kurang popular.

Mengapa urut kaki lebih popular dan menyeronokkan? 

Ada pengamal refleksologi mendakwa ia boleh memperbaiki mood kerana bahagian otak yang berhubung dengan kaki terletak bersebelahan dengan bahagian yang menghubungkan alat kelamin! Bagaimanapun, kesan refleksologi berbeza antara individu. Jika anda mengalami masalah sakit kaki, disarankan lebih baik supaya mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dulu kerana ia mungkin disebabkan masalah lain. 


13 Fakta kelebihan urutan refleksologi
1) Melancarkan pengaliran darah
2) Meningkatkan daya tahan individu
3) Mengurangkan risiko tulang reput
4) Menyeimbangkan kedudukan badan
5) Melancarkan pergerakan
6) Menguatkan otot kaki
7) Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
8) Menguatkan tulang dan pinggul
9) Mengurangkan risiko sakit sendi
10) Mengurangkan rasa letih
11) Mengelak risiko sembelit
12) Mengurangkan masalah usus
13) Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.

Wednesday, February 20, 2013

MUST READ !

A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5-year old son waiting for him at the door.

SON: ‘Daddy, may I ask you a question?’

DAD: ‘Yeah sure, what it is?’ replied the man.

SON: ‘Daddy, how much do you make an hour?’

DAD: ‘That’s none of your business. Why do you ask such a thing?’ the man said angrily.

SON: ‘I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?’

DAD: ‘If you must know, I make $50 an hour.’

SON: ‘Oh,’ the little boy replied, with his head down.

SON: ‘Daddy, may I please borrow $25?’

The father was furious, ‘If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don’t work hard everyday for such childish frivolities.’

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The man sat down and started to get even angrier about the little boy’s questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the man had calmed down, and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that $25.00 and he really didn’t ask for money very often The man went to the door of the little boy’s room and opened the door.

‘Are you asleep, son?’ He asked.

‘No daddy, I’m awake,’ replied the boy.

‘I’ve been thinking, maybe I was too hard on you earlier’ said the man. ‘It’s been a long day and I took out my aggravation on you. Here’s the $25 you asked for.’

The little boy sat straight up, smiling. ‘Oh, thank you daddy!’ he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The man saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

‘Why do you want more money if you already have some?’ the father grumbled.

‘Because I didn’t have enough, but now I do,’ the little boy replied.

‘Daddy, I have $50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.’

The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness.
It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts.

Do remember to share that worth of your time with someone you love. If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours... But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

Monday, January 14, 2013

LISTEN LISTEN LISTEN Sharifah Zohra Jabeen - Pemos di Forum UUM


Kamurang ada tingu tu video forum di UUM kah ? lucu pula saya rasa ni bila tu penceramah ppuan marah bila ada student yg bandingkan Malaysia dengan negara lain, tetapi tiba2 pula dia bandingkan manusia dengan kucing , anjing, burung dan jerung .. aikssss mcm nda menjawab soalan tetapi lagi teruk o dari membandingkan negara dgn negara lain .. fakta yg paling otak sa nda boleh proses dia ckp :


Kucing
Selalu pegi ke kedai minta tolong, kita halau guna kaki..
sa nda pernah lagi pula nampak kucing p Giant p Watson ka apa .. kedai makan pun jarang.

Anjing
Klu Tuhan bagi dia boleh bercakap, dia xkn gong, gong, gong..
aduii nah makin lucu .. ni jawapan utk soalan mana entah ???

Ikan Jaws
Semua org takut kt Jaws, jaws kejam, tapi manusia lagi kejam..
hmm makin lari tempo dan topik aduiyaiiiii

Susah sudah sa mau tidur malam2 sebab terngiang2 ungkapan "Listen, Listen, Listen, Listen, Listen, Listen, Listen" baik aku dengar lagu Listen Beyonce .. mau ckp pasal respek org tapi dia yg mencelah masa org belum abis ckp ..

Monday, December 10, 2012

Mula-Mula Tiger Airways sekarang Air Asia plak buat hal

Grrrr panas hati dan sakit hati teramat sangat sebab terpaksa ubah plan percutian, mula2 saya dan kawan sudah rancang ke Phils dan sudah pun beli tiket Tiger Airways .. tup tup kena bagi emel dorang hentikan perkhidmatan ke sana .. ok fine ada Air Asia .. then beli tiket utk kali kedua ... tup tup nda lama selepas tu dlm seminggu dapat emel lagi Air Asia hentikan perkhidmatan ke sana ( Clark ) atas alasan Komersial .. Aiks sepatutnya kalau nak komersial sgt patut tambah penerbangan bukan menghentikan penerbangan .. Wuteva lah Tiger dan Air Asia .. sekarang mau cari kapal selam lah ke sana .. cisss :P

Apa2 pun sekarang ubah ke Plan B .. terbang ke Cambodia , nak pergi Angkor Wat ... huhu

Wednesday, December 5, 2012

Mari Belajar Menghormati Pandangan Orang Lain

“Rambut sama hitam, hati lain-lain.” Salah satu peribahasa yang selalu kita dengar untuk menunjukkan perbezaan pendapat, pandangan, hati dan perasaan diantara satu individu dengan individu yang lain. Ini adalah reality kehidupan di mana Tuhan menciptakan kita dengan keunikan dan buah fikiran yang berbeza diantara satu sama lain, masing2 dari kita mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Sebab itu lah kita tidak harus mendesak atau memaksa orang lain untuk menerima dan bersetuju dengan pemikiran atau pandangan yang kita bawa. Saya sendiri sangat tegas bila saya memberikan pandangan terhadap sesuatu isu, kadang2 saya juga jadi sgt kritis terhadap sesuatu isu, tetapi dalam masa yang sama saya sedaya upaya utk tetap menghormati padangan orang, tdk melenting bila org lain mempunyai pandangan yang berbeza dengan kita, sebab mereka juga mempunyai hak yang sama dengan kita dalam memberi pandangan .. selalu nya ini berlaku bkn saja di kalangan org yg kita tdk kenal tetapi juga berlaku diantara kita dgn kawan karib kita juga, jadi utk menciptakan “ruang” yang positif dalam keadaan ini, hanya satu yang boleh kita lakukan adalah HORMATI lah pandangan mereka walaupun ianya bertentangan dengan pandangan kita ..

Selalunya mereka yang suka mendesak orang lain supaya menerima pendapat dan pandangannya, tidak akan dihormati orang lain, malah akan jadi bahan umpatan dan celaan. Sebaliknya apabila kita menghormati dan mendengar pandangan orang lain serta berbaik sangka terhadap mereka ianya akan menunjukkan kepribadian diri kita yang tinggi dan mereka akan respek dengan kita walaupun mereka tau kita seolah-oleh “menentang” mereka dari aspek ideology.

Jadi siapa pun kita, apa pun latar belakang kita, bangsa kita, agama kita, pendidikan kita, mari lah kita sama2 belajar untuk menghormati orang lain, mungkin bagi kita mereka berada pada level terbawah dalam turutan penilaian yang kita buat tetapi kita semua tetap sama pada pandangan Tuhan, kita semua "telanjang" di mata Tuhan, tidak ada satu hal pun yang tersembunyi bagi Tuhan. Tidak ada salah nya untuk memiliki pandangan dan pendapat yang berbeza cuma jangan hanya kerna perbezaan itu membuatkan kita hilang hormat denga orang lain terutama kawan2 kita.


Kita semua kalau terluka terhiris darah yang mengalir tetap sama berwarna merah, tetapi kalau terluka dan terhiris dlm hati hanya Tuhan saja yang tau :-)